SHAH ALAM - Kurikulum pendidikan negara harus bersifat dinamik dan merentas beberapa disiplin, antaranya fleksibel serta perlu kalis masa depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dalam persiapan ke arah itu, ada intervensi yang dilakukan agar ia seiring dengan perkembangan semasa.
"Bagi saya, kurikulum pada hari ini sebenarnya telah membuatkan anak-anak kita jauh lebih bersedia. Sebab itu ada pepatah daripada Saidina Ali yang menyebut, didiklah anak kamu dengan zaman dia, bukan zaman kamu. Zaman kita dengan mereka tidak sama.
"Dalam keadaan hari ini, banyak perkembangan yang merentas disiplin ilmu dan ia mesti menjadi sebahagian daripada dinamika kurikulum kita. Dari situ, anak-anak akan dapat mempelajari dan catch up dengan apa yang berlaku dengan dunia hari ini.
"Mudah-mudahan dengan Kurikulum 2027 yang sedang dibangunkan, kita akan lebih bersedia dan menjana kurikulum yang kalis masa depan, ini cukup penting," katanya di sini pada Jumaat.
Fadhlina turut kagum dengan keupayaan pelajar kini yang cepat menguasai teknologi berbanding orang lama sepertinya.
"Saya fikir, kita kena ada banyak lagi ruang untuk percaya kepada potensi anak-anak ini. Saya ibu kepada enam anak, jadi saya ada audit dalaman di rumah.
"Mereka sangat kritikal terhadap apa yang berlaku sekarang. Jadi, saya kena pastikan apa yang mereka dapat, pelajar lain juga dapat benda yang sama," jelasnya.

0 Comments