Bicara berirama adalah satu bentuk pertandingan yang sering dianjurkan untuk murid sekolah rendah mauhupun sekolah menengah. Pertandingan ini sangat unik dan menarik kerana mesej disampaikan dalam intonasi suara yang berbeza-beza.
Di bawah adalah contoh skrip bicara berirama yang ringkas dan mudah untuk panduan anda semua.
Apa Itu Skrip Bicara Berirama
Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.
Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.
0 Comments