Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dua senior mengaku salah pukul junior bawa vape

Imej hiasan


Muar: Dua pelajar sekolah berasrama penuh di daerah ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memukul junior menggunakan penyangkut baju dan batang penyapu kerana didakwa membawa rokok elektronik atau vape, Julai lalu.

Kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh, selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh juvana itu didakwa mendatangkan kecederaan terhadap mangsa berusia 15 tahun di dalam asrama pada jam 11.25 malam, 3 Julai lalu.

Kejadian berlaku apabila kedua-dua tertuduh menemui rokok elektronik pada mangsa, sebelum mengambil tindakan memukul menggunakan penyangkut baju dan batang penyapu.

Tindakan tertuduh menyebabkan mangsa cedera di beberapa anggota badan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Arif Marzuki, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Post a Comment

0 Comments