Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Murid boleh terus pakai baju sukan walaupun cuaca semakin baik - Fadhlina


NIBONG TEBAL: Pelajar masih terus dibenarkan memakai baju sukan ke sekolah walaupun keadaan cuaca pada masa ini semakin baik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata kementerian belum membuat ketetapan atau garis masa berhubung pemakaian semula pakaian seragam sekolah.

"Pergi sahaja sekolah (dengan berpakaian) apa sahaja (kemas dan bersesuaian), asalkan yang penting pakai baju," katanya berseloroh ketika ditanya berhubung jangkaan kementerian mengembalikan semula pemakaian baju seragam sekolah seperti biasa susulan keadaan cuaca yang semakin baik.

Post a Comment

0 Comments