Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Guru wanita, 3 anak cedera kemalangan dengan kereta kebal ATM

Imej Facebook

Johor Bahru: Seorang guru wanita dan tiga anak lelakinya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, di Kota Tinggi, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata, seramai 15 anggota termasuk dari BBP Sungai Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada 8.28 malam.

Keadaan kereta guru wanita tersebut - Facebook

Beliau berkata, guru wanita bersama tiga anak lelakinya berusia tujuh, lima dan empat tahun menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey.

Kereta kebal milik ATM yang dalam perjalanan balik ke kem Teluk Sepang dipercayai berlanggar dengan kenderaan MPV itu, katanya.

Kereta kebal yang dilanggar - Facebook

"Bagaimanapun, guru wanita dan tiga anak terbabit tidak tersepit di dalam kenderaan mereka," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya bertindak memberikan rawatan awal kepada kesemua mangsa yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan dua anggota yang berada di dalam kereta kebal itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Post a Comment

0 Comments