Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KPM keluar garis panduan Laluan Kerjaya PPP terkini di KPM


Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Mobiliti dan Fleksibiliti Dalam Kluster Laluan Utama - Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di KPM.

Menurut KPM, selaras dengan Anjakan 4: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, semakan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) telah dilaksanakan bagi mewujudkan kaedah mobiliti dan fleksibiliti dalam Kluster Laluan Utama yang melibatkan Laluan Kepimipinan dan Pengurusan (KdP) dan Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Melalui pelaksanaan mobiliti dan fleksibiliti ini, PPP akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang lebih fleksibel berdasarkan prestasi dan kompetensi kerjaya.

Sehubungan dengan itu, bagi menjelaskan kaedah pelaksanaan laluan kerjaya melalui mobiliti dan fleksibiliti bagi PPP di KPM, Garis Panduan Pelaksanaan Mobiliti dan Fleksibiliti Dalam Kluster Laluan Utama - Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di KPM telah diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

Tiga objektif utama garis paduan ini adalah seperti berikut:
  1. Menjadi asas panduan komprehensif untuk perancangan laluan kerjaya bagi PPP yang berkhidmat di KPM.
  2. Menerangkan fungsi mobiliti dan fleksibiliti dalam laluan kerjaya PPP; dan
  3. Menjadi rujukan bagi laluan kerjaya PPP di KPM dalam aspek pelaksanaan mobiliti dan fleksibiliti.
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk buku garis panduan, risalah serta slide yang telah disediakan oleh BPSM:

BUKU GARIS PANDUAN PELAKSANAAN


PAMPLET RINGKAS MOBILITI DAN FLEKSIBILITI


LALUAN KERJAYA (GPLK) PPP DI KPM


LALUAN PPP CEMERLANG SISWAZAH


LALUAN HAKIKI SISWAZAH


LALUAN PPP SEKOLAH RENDAH


SURAT EDARAN

Post a Comment

0 Comments