SEREMBAN: Kerajaan bersedia untuk menubuhkan pasukan bagi mengkaji semula gaji penjawat awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kali terakhir perkara itu dilakukan adalah pada 2013.
Cadangan penubuhan pasukan itu katanya, dijangka dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan.
“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) menyuarakan pandangan untuk memulakan pasukan mengkaji.
“Saya sudah bersetuju dan kita akan bentangkan dalam Jemaah Menteri untuk diberikan kelulusan”, katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Seremban.
Menurut Anwar, secara keseluruhannya, kadar gaji penjawat awam di tahap rendah.
“Kerana upah dan gaji penjawat awam itu secara keseluruhannya di tahap rendah. Untuk itu, wajar kita berikan pertimbangan walaupun terikat dengan kekangan kewangan yang ada.
“Tapi saya fikir dengan sedikit perubahan yang ada, kita boleh cari jalan supaya dapat kita beri pertimbangan.” jelasnya lagi.
0 Comments