Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan satu surat makluman berhubung pemansuhan kutipan sumbangan tahunan Hari Guru.
"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menarik perhatian YBhg. Datuk/tuan/puan terhadap 10 inisiatif untuk memperkasa kebajikan guru yang diumumkan oleh YB Menteri Pendidikan semasa Majlis
Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 pada 16 Mei 2023 bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC).
'
"Sehubungan dengan itu, mulai tahun 2023 sebarang kutipan sumbangan sambutan Hari Guru adalah dimansuhkan.
lnisiatif ini bertujuan untuk memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban guru, di samping membantu mengurangkan kos sara hidup," jelasnya.
0 Comments