Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dua murid minum air berkarbonat campur spirit meninggal dunia


KOTA KINABALU - Dua murid dari sebuah sekolah menengah di Pitas yang kritikal akibat keracunan metanol disahkan meninggal dunia.

Kedua-dua murid berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan Khamis di Hospital Queen Elizabeth (QHE1) dan QHEII, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, kematian murid pertama dilaporkan pada jam 4.08 petang Rabu.

"Punca kematian ialah kegagalan fungsi pelbagai organ disebabkan keracunan metanol.

"Murid kedua pula dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya iaitu pada jam 4 petang dan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan pada otak akibat keracunan metanol," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat kedua-dua murir itu tidak perlu dibedah siasat memandangkan punca kematian telah diperoleh dan mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sinar Harian pada 9 Jun lalu melaporkan dua murid Tingkatan Lima kritikal manakala 18 lagi rakan mereka menerima rawatan di hospital selepas minum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit.

Difahamkan, murid berkenaan secara beramai-ramai telah meminum minuman berkenaan sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan metanol pada 6 Jun lalu.

Sementara itu, dalam kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan bahawa 20 murid terbabit telah mengalami keracunan metanol.

Dua murid yang kritikal itu memerlukan bantuan pernafasan dan masing-masing dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HQE1) dan HQEII.

Post a Comment

0 Comments