Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Murid di Perlis catat peratus obesiti tertinggi

Imej hiasan

KUALA LUMPUR Perlis mencatat peratusan obesiti tertinggi dalam kalangan murid sekolah berusia 10 hingga 18 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Menurutnya, negeri itu mencatatkan 15.2 peratus obesiti pada tahun 2012 dan peningkatan 18 peratus pada 2022.

"Tinjauan Kebangsaan Kesihatan mendapati prevalen obesiti dalam kalangan mereka yang berumur 10 hingga 18 tahun menunjukkan peningkatan daripada 12.3 peratus pada 2012 kepada 14.8 peratus pada 2017 dan pada 2023 pula 14.3 peratus," katanya ketika menjawab soalan Dr A Lingeshwaran di Dewan Negara.

Lukanisman berkata, KKM melaksanakan pendekatan menangani masalah obesiti kanak-kanak seperti memasukkan komponen pemakanan dalam kurikulum sekolah dan saringan status pemakanan dalam kalangan murid sekolah.

Post a Comment

0 Comments