Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sikap dingin ibu bapa cabaran guru mengajar di bandar

Imej hiasan


JikÃ¥ guru di kawasan pedalaman dan terpencil berhadapan cabaran kekurangan infrastruktur dalam menjalankan tanggungjawab mereka, rakan sejawat yang di bandar besar lain pula ceritanya. 

Meskipun kebanyakan sekolah di bandar lengkap dari segi keperluan asas selain disokong bantuan kewangan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan alumni, cabaran tetap menanti. 

Antara hal yang biasa dihadapi guru di bandar adalah sikap ibu bapa yang 'dingin' terhadap guru atau sekolah disebabkan taraf sosial sama ada lebih tinggi atau rendah, terdapat murid tidak mahir berbahasa kebangsaan selain perlu keluar rumah seawal pagi bagi mengelak kesesakan lalu lintas. 

Bagi guru Matematik, Aizi Azizah Abdul Jalil, berkata dari segi pengurusan masa, cabaran mengaiar di bandar besar hampir sama dengan kerjaya lain. Disebabkan kedudukan rumah yang jauh dari sekolah dan bagj memastikan tidak tersangkut dalam kesesakan jalan raya, beliau perlu keluar rumah seawal 5.30 pagi ssetiap hari.

"Isu keluar awal ini saya fikir hal biasa kerana semua di bandar akan melalui ini. Apatah lagi jika duduk jauh dari sekolah atau pcjabat. 

"Saya tinggal di sekitar Semenyih. umumnya kalau jalan tidak sesak perjalanan ke sekolah hanya ambil masa 30 mimt. Tapi ia akan memakan masa berjam-jam pada hari bekerja. 

"Jadi saya keluar awal dan mendirikan solat di surau sekolah. la cabaran yang sudah menjadi rutin," katanya. 

Lebih mahir bahasa Inggeris 

Aizi Azizah yang berpengalaman mengajar sclama 18 tahun berkata, jika bertugas petang pula dia akan sampai lewat ke rumah, mencecah hingga jam lapan atau sembilan malam bergantung pada situasi trafik. 

Katanya, selain isu kesesakan lalu lintas mengajar di bandar turut berhadapan cabaran apabila secara umumnya, murid lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. 

Hal ini katanya menuntut lebih banyak tumpuan dan usaha daripada guru. Justeru dia mengambil inisiatif untuk menggalakkan murid bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan turut membabitkan ibu bapa dan penjaga. 

"Adakala murid tidak faham apa yang diajar hingga saya jelaskan dalam bahasa Inggeris untuk memudallkan pemahaman mereka. 

''Dalam kes umumnya saya akan minta bantuan ibu bapa atau penjaga untuk bertutur dengan murid dalam bahasa Melayu di rumah. la tentu sahaja untuk memberi peneguhan kepada penguasaan mereka," katanya. 

Sementara itu, bagi guru Sains Suriati Nasir, berkata ketika mula-mula bertugas sebaik tamat pengaiian dia ditempatkan di sebuah sekolah di tengah bandar dan berdekatan dengan pusat memheli belah. 

Bagaimanapun katanya, sekolah itu mempunyai populasi murid daripada pelbagai golongan sama ada B40, M40 dan T20. 

"Ada dalam kalangan murid B40 yang datang ke sekolah dalam keadaan mengantuk dan sukar fokus dalam pelajaran. Apabila diselidik, mereka rupanya bekerja sambilan untuk bantu keluarga

"Sebagai guru baharu ketika itu, saya menyedari jurang sosio ekonomi meniadi fal{tor utama sikap dan tingkah laku murid," katanya. 

Justeru katanya, dia turut berhadapan sikap ibu bapa yang menyambut dingin usaha sekolah atau guru dalam mempertingkatkan pencapaian murid. Hal ini disebabkan isu latar belakang sosio ekonomi keluarga itu sendiri. 

Pandang positif 

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) dengan kepujuan itu berkata namun cabaran lain yang dihadapi guru bandar masih lagi serupa dengan kebanyakan rakan sejawat lain. 

Misalnyä, mereka berhadapan dengan kesukaran untuk mencari dana bagi memenuhi keperluan sekolah atau bilik darjah. 

Namun katanya, dia melihat semua itu sebagai suka duka perjalanan kerjayanya. Malah perkongsian pengalaman daripada guru yang lebih kanan memudahkan dia mencari penyelesaian. 

"Selain itu, usaha yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi perbincangan sesama guru sama ada dalam atau luar talian juga membantu.

"Ia membolehkan banyak perbincangan sihat dibuat untuk tujuan pengajaran atau aktiviti kokurikulum," katanya.

Tegas Suriati, secara umumnya kerjaya guru sama saja seperti pekerjaan lain. Apa yang penting adalah pengurusan masa apatah lagi bagi seorang wanita berkeluarga.

"Memang jadual harian bermula seawal pagi. Walaupun tidak berhadapan kesesakan jalan raya, tapi saya perlu menghantar anak ke pengasuh sebelum ke sekolah.

"Namun, rutin kerja tidak habis di sekolah sebaliknya ada kala perlu dilangsaikan di rumah misalnya kelas tambahan atau menyemak kerja murid. Adakala perlu juga menghadiri mesyuarat," katanya.

Katanya, semua itu perlu dilihat dengan positif kerana setiap pihak berperanan membangunkan negara.

Sebagai guru, amanah yang diletakkan sama besarnya namun lebih mencabar kerana perlu
membentuk pemimpin masa hadapan.

Post a Comment

0 Comments