Putrajaya: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diarah menangguhkan aktiviti luar membabitkan murid, guru dan pensyarah susulan fenomena cuaca panas.
KPM memaklumkan larangan itu, termasuk untuk aktiviti seperti merentas desa kawad, sukan, permainan, perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah.
Mengambil kira cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara, institusi pendidikan di bawah KPM diminta menangguhkan semua aktivit luar membabitkan murid, guru dan pensyarah," kata kementerian itu
Menerusi satu perkongsian di Facebook terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan KPM sudah mengeluarkan pekeliling berhubung larangan sebarang aktiviti luar bagi mengelak serangan strok haba.
0 Comments