Hot Posts

6/recent/ticker-posts

3 sebab baju sukan tidak wajar dikekalkan sebagai uniform sekolah - NUTP

Imej hiasan - Kosmo! Online


PETALING JAYA: Cadangan pemakaian baju sukan sebagai pakaian seragam sekolah tidak wajar dikekalkan kerana baju seragam sebelum ini mempunyai objektif tersendiri dalam mendidik murid-murid. 

Utusan Malaysia melaporkan, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, ini kerana pakaian seragam sekolah mempunyai pelbagai objektif dalam mendidik murid-murid sekolah. 

Justeru, katanya, mana-mana cadangan tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas perkara yang berlaku. 

"Uniform sekolah asalnya baju dan seluar sahaja. Cuma apabila zaman korporat, ada yang memandai tambah tali leher, vest atau blazer. 

"Selain itu, jika murid itu lintas jalan dan kena langgar tanpa uniform sekolah, adakah akan dinyatakan dia itu sebagai murid sekolah. Kalau murid pakai baju-T, adakah ia digazetkan mahkamah sebagai uniform sekolah? 

"Ketiga, objektif pakaian seragam sekolah itu misalnya disiplin. keseragamaan dan sama rata. Jika pemakaian dibebaskan, maka sukar melatih murid berdisiplin. Selepas itu, mungkin ada yang pakai kasut sukan pelbagai jenama dan seluar berjenama pula," katanya ketika dihubungi semalam. 

Semalam, akhbar tersebut melaporkan, Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) menyarakan, pemakaian baju sukan sebagai pakaian seragam sekolah wajar dikekalkan memandangkan ia sesuai dengan iklim negara ini.

Post a Comment

0 Comments