Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cuaca panas: Kabinet Sabah bincang lanjut cuti sekolah

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif. - Gambar fail NSTP


KOTA KINABALU: Sebarang keputusan mengenai cadangan melanjutkan cuti persekolahan di Sabah berikutan cuaca panas ketika ini akan dibawa untuk perbincangan di peringkat Kabinet negeri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata perkara itu juga akan dibincangkan di peringkat Persekutuan dan Jabatan Pendidikan negeri.

"Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mendapatkan pandangan selain makluman berkaitan pendidikan," katanya yang juga EXCO Pendidikan negeri selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC), di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni selain Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Pada Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Jemaah Menteri harus berbincang sama ada cuti sekolah perlu dilanjutkan susulan fenomena haba panas yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan dua kematian membabitkan kanak-kanak.

- BERNAMA

Post a Comment

0 Comments