Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jadual Waktu SPM, STAM dan UPBA 2021

Putrajaya - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2022.

"Selaras dengan pengumuman Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 pada 15 November 2021, KPM telah menyediakan jadual waktu peperiksaan/ujian SPM, STAM dan UPBA seperti di Lampiran 1 hingga 4.

"Senarai lampiran seperi berikut; Lampiran 2: Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021. Lampiran 3; Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia Tahun 2021. Lampiran 4; Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa Tahun 2021.

"Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui postal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.go.my mulai 17 November 2021," katanya.

KPM mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Calon juga boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 3.0 yang telah dimuat naik di portal rasmi KPM dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penuliaran wabak COVID-19.

"KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik," katanya lagi.




Post a Comment

1 Comments

  1. Harrah's Hotel and Casino | Jackson, MS 39530 - jtmhub.com
    Harrah's Hotel and 양산 출장마사지 Casino. Find reviews, hours, 포항 출장샵 directions, opening hours 파주 출장안마 and a map of Harrah's Hotel and 남원 출장안마 Casino 인천광역 출장안마 777 Casino Drive, Jackson.

    ReplyDelete