![]() |
Imej via Google Image |
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, bilangan kaunselor yang ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah belum mencukupi bagi membantu guru-guru yang menghadapi stres dan masalah kemurungan.
“Hasil kajian menunjukkan stres yang dialami dalam kalangan guru disebabkan beberapa faktor seperti isu keluarga, kewangan, pentadbiran, bebanan tugas dan kekurangan kemahiran dalam menjalankan tugas serta tidak dilatih menangani stres,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Senator Datuk Zahari Sarip yang ingin tahu mengenai masalah stres dan kemurungan dalam kalangan guru serta langkah penyelesaiannya pada sidang Dewan Negara di sini semalam.
Sumber: Kosmo Online
loading...
Social Plugin