Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Portal Analisis Peperiksaan (SAPS) Ditutup Kerana Dedah Maklumat Peribadi

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah  (SAPS)  Kementerian Pendidikan Malaysia ditutup semalam berikutan pendedahan mengenai eksploitasi keselamatan yang berpotensi mendedahkan maklumat peribadi lebih 10 juta rakyat negara ini.
Menurut laporan Malay Mail, pihaknya dimaklumkan mengenai pencerobohan maklumat peribadi itu oleh seorang pembaca.

Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pasukan Respons Keselamatan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) selepas mendapatkan nasihat daripada blogger teknologi, Keith Rozario dan pengasas bersama teknologi tempatan Kumpulan Projek Sinar.

MyCERT kemudiannya memberi maklum balas kepada Malay Mail semalam dan laman sesawang itu kemudiannya ditutup pada hari sama.

SAPS adalah portal yang membolehkan pelajar dan ibu bapa akses kepada keputusan peperiksaan dalam talian dengan memasukkan nombor kad pengenalan Mykad.

Data itu juga boleh diperoleh oleh pejabat pendidikan daerah, Jabatan Pendaftaran Negara.

SAPS dilancar pada tahun 2011.

Sumber memberitahu, data 4,940,203 pelajar boleh dimuat turun daripada laman sesawang itu yang berpotensi mendedahkan maklumat peribadi 10.3 juta rakyat Malaysia.

loading...