PASIR SALAK - Tiada peraturan membenarkan mana-mana guru dilantik sebagai petugas pilihan raya termasuk PRU14 layak mendapat cuti ganti pada keesokan harinya, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata , guru-guru yang terlibat dalam PRU perlu memohon secara individu pada sekolah masing-masing sekiranya mahu mendapatkan cuti pada keesokan harinya.
"Daripada segi peraturan tak ada benda cuti selepas terlibat pilihan raya, maka apa-apa permintaan guru hanya kepada sekolah sahaja, mengikut kes tetapi kalau nak buat atas pakej kementerian itu memang tiada.
Individu itu mohon cuti kerana katalah dia bertugas pada hari pilihan raya sampai malam, nak kena kira undi dan esoknya dia nak minta cuti lagi, dia boleh minta pada pengetua atau guru besar, sebab individu (guru) ada cuti yang boleh dia mohon, 10 hari untuk satu tahun," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bicara Profesional Survival Ummah, Kecemerlangan Pendidikan Tanggungjawab Bersama di Dewan Besar Felcra Bandar Baru, Seberang Perak di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau mengulas permintaan Kongres Guru Dalam Perkhidmatan Malaysia (Kongres) yang memohon Kementerian Pendidikan mempertimbang agar sekolah yang terlibat dengan PRU14 diberikan cuti ganti pada keesokannya berikutan sebahagian guru akan bertugas di pusat penjumlahan undi sehingga lewat malam pada hari pengundian 9 Mei ini.
Kementerian Pendidikan sebelum ini membenarkan sekolah digunakan sebagai pusat mengundi pada PRU14 mengambil cuti berganti sehari sebelum hari pengundian.
Perkara itu dibenarkan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 2 1995: Persediaan Bagi PRU, yang membolehkan pengetua atau guru besar memohon cuti berganti melalui pengarah pendidikan negeri masing-masing.
Sebanyak 6,971 sekolah di seluruh negara akan digunakan sebagai pusat pengundian pada 9 Mei.
Dalam pada itu, Mahdzir berkata, 41 guru dari gred DG32 hingga DG54 telah meletakkan jawatan selepas menjadi calon untuk bertanding pada PRU14 nanti.
Mahdzir berkata, dari jumlah itu 15 daripadanya bertanding menjadi calon mewakili BN, manakala selebihnya mewakili pembangkang. - Bernama

loading...
Social Plugin