![]() |
Foto via Google Image |
Dengar-dengar guru-guru muda bakal dipostingkan. Dah dapat tahu negeri mana mereka bakal bertugas katanya.
Sedikit nasihat untuk adik-adik yang bakal terjun dalam dunia sebenar pendidikan.
1. Berkawan dengan semua orang.
Jangan 'koya' sangat pegang 'tittle' cikgu ni. Jangan rasa diri besar hingga payah nak senyum pada 'cleaner', jaga atau mak cik kantin.
Jangan nak pandang sebelah mata pada geng 'cleaner' walau kebanyakan mereka dari Indonesia. Saat budak muntah, saat budak berak kencing dalam kelas, mendapat la kau kalau 'koya' dengan geng ni.
Pergi berbaik dengan semua orang. Banyak manfaat. Belanja mereka sekali sekala. Takkan pernah rugi mereka yang berbudi. Percayalah!
Walau kadang-kadang kau rasa macam orang nak pekena kau bagi tugas berat-berat, terimalah. Anggap itu sebagai ilmu baru.
Dekati otai-otai, minta ilmu mereka.
Benar, segala mak datuk kau dapat cari dari 'google', tapi ilmu mereka yang berpengalaman itu lebih berharga. Lulusan mereka mungkin tidak setinggi kau, tapi PhD dari universiti pengalaman itu tidak ternilai harganya.
Pergi cedok dan ambil ilmu dengan mereka. Jangan asyik duduk berkumpul sesama geng kau yang baru posting saja.
Senyumlah. Walau kau tak tahu nak borak apa, senyum saja setiap kali bertembung. Sesekali geng cikgu lama berkumpul dan berborak, kau pergi join sama.
Jangan pandai-pandai nak menyampuk, kau perhati sahaja gelagat setiap orang. Cuba kenali karektor mereka.
Kalau orang bahan kau, jangan sentap. Jangan bahan balik. Sengih-sengih macam kerang busuk sudah. Mereka nak 'sudi' kau tu. Jangan cepat melatah.
Yang mendekat kau bukan semua berniat baik. Memang lebih elok husnu dzon. Aku tahu itu, tapi ini sebagai peringatan.
Yang terlampau peramah tegur itu ini, bagi hadiah pula mungkin ada agenda tersembunyi. Mahu kau jadi bini muda dia contohnya. Sekadar contoh. 😌
Yang datang bercerita supaya kau jauhi cikgu itu ini kau kena lebih hati-hati. Jangan dengar bulat-bulat. Kau kenali dulu cikgu itu sendiri dan nilaikan sendiri. Kau kan bijak?
Yang datang cerita buruk cikgu itu ini tu yang paling kau kena hati-hati. Dia bercerita buruk pasal orang lain, tak mustahil dia juga akan mengorek keburukan kau dan hebahkan pula. Hati-hatilah.
Cikgu baru biasanya baik sangat. Nak suruh budak-budak minat katakan. Terlampau ikut kehendak murid sehingga satu tahap murid hilang hormat.
Mereka boleh gelakkan kau, boleh permainkan kau. Masa ni kau dah tak tahu nak buat apa. Murid yang hilang hormat pada guru adalah petaka paling besar dalam bidang pendidikan.
Dalam memberi tunjuk ajar, kena ada kecindan, gurau senda dan KETEGASAN dalam masa yang sama. Pandai-pandai imbangkan.
Kena berbaik dan jangan sombong dengan ibu bapa. Berbaiklah dengan mereka walau mereka orang miskin, walau kerjanya sebagai buruh sahaja.
1001 kebaikan dan manfaat kau berbaik dengan ibu bapa. Penat aku nak tulis satu persatu. Kau cuba praktik dulu, dan kau akan tahu sendiri apa manfaatnya nanti.
Dunia pendidikan boleh menjadi 'kejam' kepada kau. Tambah-tambah kalau kau baru. Jadi mangsa orang sekeliling, baik rakan sejawat, murid, ibubapa atau netizen di alam maya ini. Hati-hatilah.
Kau takkan faham apa yang aku tulis ini hari ini, sebaik kau terkena baru kau akan faham.
Ini ramai guru terkena. Kau tak payah la nak kaya cepat. Padan dah dengan gaji kau kalau kau pandai urus.
Nak sangat buat side income, kau mengajar tuisyen cukuplah. Tak pun jual tudung. Berbisnes la apa-apa yang ada cash flow. Bukan labur rm50k, nak dapat bulan-bulan rm5k.
Last-last 5k tak dapat, kau yang mendapat. Hmmm.
Cukuplah dahulu 8 tips untuk adik-adik. Penat dah aku menulis ni. Yang lain tu kau timba la sendiri dengan pengalaman kau.
===========
Dalam buku tu ada 102 anekdot tentang kehidupan aku sebagai guru melayan murid di sekolah. Kisah pendek yang santai dan menghiburkan, tapi ada 'isi' tersembunyi. Kalau kau pandai carilah.
Kau beli dan bacalah, banyak ilmu kau dapat ambil dari situ, InsyaAllah. Nak beli dengan aku pun boleh, pm je. ;)
#CikguKelasSebelah
#MFS
Sumber: Mohd Fadli Salleh
0 Comments