ALOR SETAR 19 Feb.- Pelajar tingkatan empat yang mendakwa dicekik dan ditumbuk oleh seorang guru displin di sini, baru-baru ini mengakui dia tidak diperlakukan sedemikian sebaliknya hanya diluku pada bahagian dahi kerana memberontak.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Mohd. Najib Abu Bakar berkata, melalui mesyuarat khas antara kesemua pihak pada Isnin lalu, pelajar itu mengakui bahawa dia sendiri tidak berpakaian kemas ketika datang ke sekolah.
"Dalam mesyuarat, pelajar itu mengakui diluku (ketuk) pada bahagian dahi kerana memberontak apabila ditegur kerana tidak memasukkan bajunya ke dalam seluar tetapi tidak pula ditumbuk dan ditendang seperti laporan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi pada 8 Februari lalu, pelajar itu mendakwa dicekak, ditumbuk di belakang kepala dan ditendang oleh seorang guru disiplin di hadapan pintu pagar sekolah kerana dikatakan tidak berpakaian kemas.
Bapa pelajar itu membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan tindakan guru disiplin itu yang dikatakan telah mencederakan anaknya.
Mohd. Najib bagaimanapun kesal kerana mesyuarat yang diadakan itu masih gagal mencapai jalan penyelesaian disebabkan bapa pelajar itu yang berusia 38 tahun masih mahu mengambil tindakan undang-undang.
"Saya syorkan bapa mangsa agar tidak meneruskan tindakan tersebut kerana ia akan berlarutan dan seterusnya memberi kesan kepada pelajar berkenaan untuk proses mahkamah dan sebagainya," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Assisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera.- BERNAMA

3 Comments
Hahaha adek oi..rasenye lau hang wat prangai kat umah lagu ni ponmak hang ayah hang xsabaq,,lau setakat kena luku tu memang patot la lau payah sangat nak patuh peraturan sekolah,,lau hang mai baju kemas2,,xkesah la baju lisuh ka tapi kemas,,wat perangai elok,,blaja elok2 ,,xde keje la cokgu hang nak p luku kpale hang tu,, lol
ReplyDeletepatut la anak macam bangang, bapak bodo terus percaya tak cakap banyak p report polis. keturunan bangang kah kah
ReplyDeletebiar la paba die wat laporan polis. Pihak sek patut rakam kenyataan budak tu. Sy pun salu gak kene kes2 mcm ne..setiap tahun. Sedap mulut bercakap lepas disoal mak bapak bbuydak wat drama air mata mintak maaf. kite pun lupakan. Untuk kes tahun ini, saya tekad report polis. Sbb parents sebuk nak lapor saya ke polis. Lepas di panggil mula la lagi drama air mata. Kali aku yang g report polis.
ReplyDelete