Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mesin semak jawapan rosak, LP tunda umum keputusan SPM 2016

Gambar fail: Sumber foto

KUALA LUMPUR: Kerosakan mesin pemprosesan pembaca tanda optik (OMR) dan kekangan kewangan membaik pulih mesin berkenaan, menyebabkan Lembaga Peperiksaan (LP) terpaksa menunda pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Berdasarkan surat pekeliling dikeluarkan bertarikh 12 Februari 2017 yang ditanda tangani Pengarah LP, Datin Nawal Salleh, pengumuman analisis keputusan SPM 2016 yang sepatutnya diadakan pada 2 Mac, terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini.

Surat pekeliling yang salinannya turut berikan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Perancangan Dasar Pendidikan itu menyatakan mesin pemprosesan OMR yang sedang digunakan LP uzur dan rosak sekali gus menuntut untuk diganti.

"Namun LP menghadapi kekangan peruntukan kewangan menggantikan mesin berkenaan dan hanya boleh dibaiki.

Ini menyebabkan tugas berkaitan pemprosesan data tertangguh untuk kerja membaiki mesin berkenaan, " katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan ketika dihubungi berkata, perkara berkenaan perlu disiasat.


Sumber: Bharian

jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

2 Comments

  1. Siapa yang tak ada duit itu? LP atau KPM atau Kerajaan Malaysia? Khabarnya kutipan GST dapat berbilion ringgit, belilah mesin baharu guna duit GST itu, atau duit GST habis buat perkara lain. Kalau tak ada duit, maknanya muflislah tu ...

    ReplyDelete
  2. Bg sy, xda mslh smua tu. .yg pnting slip kputusan sy dpt. .n yg pnting slip sy xda apa2 mslh . .

    ReplyDelete