Putrajaya: Buku teks Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Untuk SMK Kelas 3 yang tular dalam media sosial Facebook yang mengandungi unsur Syiah bukan berlaku di Malaysia.
Sumber Kementerian Pendidikan menjelaskan, buku SMK Kelas 3 berkenaan adalah satu judul daripada sistem pendidikan di Indonesia.
"SMK bermaksud Sekolah Menengah Kejuruan dan kes ini adalah di Indonesia," katanya ringkas ketika ditanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Difahamkan, buku teks berkenaan tular di media sosial FB terutama dalam kalangan pengguna laman itu di Indonesia sejak beberapa hari lalu selepas dikatakan mengandungi unsur Syiah.
Gambar buku yang memaparkan imej Masjid Selat di Melaka di kulit buku itu turut menimbulkan pelbagai reaksi netizen di negara itu supaya berwaspada dengan buku sekolah anak masing-masing.

0 Comments