Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan melakukan siri penjumpaan membabitkan pihak berkepentingan termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ,Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ahli akademik.
"Pihak PPD setiap kawasan akan bertemu dengan semua PIBG yang berada di bawah naungannya bagi mendapat maklum balas dan mengumpul maklumat secara menyeluruh," katanya.
Beliau berkata, tempoh pengumpulan maklumat ini berkemungkinan akan mengambil masa enam bulan sebelum kementerian membuat keputusan berhubung cadangan ini sekurang-kurang dalam tempoh kurang lima tahun.
"Sebenarnya mekanisma ala PBS ini sudah dipraktikan di sekolah di Malaysia, namun ianya tidak direkodkan dalam satu laporan menyeluruh.
"Kita cuba berbincang dengan semua pihak terlebih dahulu sebelum kami memutuskan secara muktamad. Setiap keputusan perlu dibuat atas persetujuan semua pihak," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Kembali ke Sekolah anjuran Parlimen Parit Sulong di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, hari ini.
0 Comments