Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cadang PBS ganti UPSR 5 tahun lagi

BATU PAHAT: Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam tempoh kurang lima tahun.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kajian mengenainya termasuk mendapatkan pandangan serta perbincangan bersama pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, guru, ahli akademik serta kesatuan berkaitan akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Katanya, kementerian menjangkakan kajian berkenaan akan mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum keputusan dimuktamadkan.

"Kita memang bercadang memansuhkan UPSR dan menggantikannya dengan PBS bagi mengurangkan tekanan ke atas murid selain menilai pencapaian mereka dengan lebih menyeluruh.

"Namun ia (pemansuhan UPSR) tidak akan dilaksanakan tahun hadapan kerana kementerian perlu mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan terlebih dahulu.

"Jika pemansuhan UPSR dipersetujui semua pihak berkepentingan, kementerian akan mula melaksanakan PBS dalam tempoh kurang lima tahun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kembali ke Sekolah Parlimen Parit Sulong di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad merangkap Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan.

jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments