"Seronoknya jadi cikgu, pelajar cuti dia pun cuti. Cikgu ada banyak cuti. Jadi cikgu gaji banyak, kerja pun senang..."
Itu antara pelbagai persepsi mengenai kerjaya perguruan dalam kalangan masyarakat umum.
Dengan kerja hanya separuh hari, waktu cuti sudah tentu dilihat sesuatu yang menggembirakan mereka bergelar guru. Secara umumnya, bagi guru sudah berkeluarga mereka dianggap sentiasa dapat bersama keluarga, malah lebih untung boleh selalu dekat dengan anak-anak. Golongan guru bujang pula tidak ketinggalan boleh mengisi masa sendiri dengan cuti yang banyak dan panjang.
Jika dibandingkan dengan bidang kerjaya lain yang bekerja mengikut waktu pejabat, apalagi syif, pastinya mereka bergelar guru dilihat lebih banyak kelebihan.
Namun benarkah pendapat demikian?
Dengan peningkatan aspek kualiti pendidikan negara, tentunya terdapat perubahan besar perlu diikuti pendidik. Banyak program dirangka Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menjamin pendidikan berkualiti pelajar, yang pastinya memberi kesan kepada guru.
Pada zaman teknologi maklumat (IT) ini, tugas guru tidak hanya mengajar, namun secara langsung terbabit dengan tugas ala perkeranian. Melalui penggunaan komputer dan internet, guru perlu key-in data dan rekod pelajar, tulis laporan, jalankan kajian dan merangka perubahan terhadap prestasi pelajarnya.
Jika sistem tersedia untuk tugas ini banyak membantu tidak mengapa. Namun kadangkala berlaku sebaliknya.
Itu belum termasuk kegiatan kokurikulum dan luar, memerlukan peruntukan masa, tenaga dan kadangkala wang ringgit guru sendiri. Kebijaksanaan guru diperlukan bagi mendepaninya, sekali gus tidak menjejaskan tugas hakikinya untuk mengajar dan mendidik anak bangsa.
Sistem dirangka KPM sudah pastinya untuk kebaikan dan tidak mungkin dengan niat hendak membebankan para guru. Janganlah hendaknya golongan dalam kerjaya mulia ini berasa ia satu beban.
Keluhuran budi
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.
Tanggungjawab seorang guru dimaksudkan ini merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan.
Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya.
Keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru.
Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan.
Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.
Sudah pasti segala tindak-tanduknya menuntut pengorbanan tiap masa dan ketika, kendatipun ketika berada di luar sekolah dan di luar waktu bekerja.
Ini selari dengan tema Hari Guru 2016, Guru Pembina Negara Bangsa.
Suatu pengiktirafan buat para guru yang bersusah payah mengharungi kepayahan mendidik anak pewaris generasi mendatang. Maka wajarlah kita menghormati mereka!
Tugas cikgu segenap bidang
Rasa terbeban sebagai guru? Jika tak sanggup 'bebanan' diberikan elok lepaskan saja tanggungjawab itu kepada mereka dapat melaksanakannya penuh ikhlas dan amanah.
Manakan tidak, selain mengajar, tugas guru juga sebagai 'ibu dan ayah, kerani, tukang kebun, tukang sapu, jururawat, doktor, tukang rumah, jurulatih, pegawai kebajikan, pemandu, wakil kerani bank, wakil jual buku, polis, jaga, juruteknik, runner, juru audit, pegawai kewangan, imam' dan dan banyak lagi.
Walaupun tugas-tugas tambahan itu bermusim, namun jika dibandingkan dengan penjawat awam atau swasta lain, mungkin sukar hendak melihat mereka melakukan kerja sedemikian.
Misalnya pada musim cuti sekolah, bukan semua guru juga dapat bercuti sepenuhnya. Ada perlu bertugas untuk mengadakan kelas tambahan di sekolah, aktiviti luar dan sebagainya.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan (NUTP), Datuk Lok Yim Pheng berkata, biarpun pada cuti sekolah, guru tetap boleh dipanggil bertugas.
"Namun bertugas semasa dalam cuti sekolah itu, bukanlah melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Itu pun bukan melibatkan semua masa cuti. Ada syarat dan peraturannya supaya guru juga mendapat rehat yang cukup.
"Apa pun waktu cuti mereka juga boleh diisi dengan melakukan persediaan mengajar, menandai buku, kertas soalan, persediaan penggal akan datang, perancangan alat bantu mengajar dan sebagainya," katanya.
Yim Pheng berkata, waktu bercuti guru juga boleh diisi oleh golongan tersebut untuk pulang ke kampung, mahupun menambah ilmu yang boleh memberi faedah kepada diri dan pelajar mereka.
Menurutnya, semua sektor juga mempunyai beban kerja sendiri, begitu juga sedikit perbezaan bagi mereka dalam bidang perguruan.
Bekerja sebagai penjawat awam, swasta hatta bekerja sendiri sekalipun tak perlulah kita hendak berdebat, menghentam dan bergaduh tentang beban tugas atau apa jua isu tugas guru.
Kita sepatutnya saling menghormati, apalagi kepada golongan pendidik. Kita pandai pun disebabkan adanya guru. Janganlah memperkecilkan peranan golongan ini.
Apalagi jika beragama Islam, kita seharusnya meletakkan apa jua amanah dianugerahkan ALLAH sebagai entiti utama dalam kehidupan seharian kita.
Jangan melatah
Hari ini kita ditakdirkan menjadi seorang penternak, petani, nelayan, peguam, arkitek, guru, kerani, pegawai daerah, doktor, ahli politik dan sebagainya.
Jika kita lebih mengingatkan amanah ALLAH yang dipikul di bahu, maka kita tidak akan mengeluh dengan apa kita peroleh, sebaliknya lebih mensyukuri rezeki ALLAH kurniakan.
Tidak dinafikan, kadang-kadang beban tugas dihadapi guru membuatkan mereka bingung, melatah dan mungkin merungut. Namun guru tetap guru. Walau apa pun keadaan, guru yang baik tetap akan mendidik anak muridnya dengan ikhlas.
Seorang guru bukanlah pakar psikologi. Hanya berbekalkan ilmu dan pengalaman mereka berhadapan dengan pelajar, guru-guru berupaya menangani masalah pelajar dan kerjayanya.
Namun kadang-kadang tersasar juga. Kita pun jangan turut melatah terus mengata guru yang bukan-bukan.
Lalu menuduh guru itu tidak layak menjadi guru. Lebih-lebih lagi menceritakan keburukan guru di hadapan anak-anak. Ini akan menjadikan anak-anak tidak menghormati guru. Jadi, di mana letaknya keberkatan ilmu yang anak-anak kita peroleh selama ini.
Tidak kira siapa dan apa pun profesion kita, tunaikanlah amanah ALLAH sebaik mungkin. Sama-samalah kita menjaga tugas masing-masing dan selalu mencari kebaikan.
Sebagai ejen perubahan masyarakat
Dari segi penghayatan guru dahulu dan sekarang sangat berbeza. Ada kalangan guru kini tidak berasakan kerjaya mereka penting. Sepatutnya guru melihat kerjaya mereka sebagai amanah daripada ALLAH yang wajib dilaksanakan dengan cemerlang dan jalan untuk mendapat keredaan ALLAH.
Jika guru hanya memikirkan perkara berbentuk materialistik seperti kewangan, penghargaan dan penganugerahan, ia tidak mungkin menghasilkan modal insan berkualiti, yakni yang beradab mulia.
Benar, tugasan guru kini semakin mencabar seiring dengan perkembangan dan peredaran masa. Justeru mereka perlu terlibat di dalam tugasan baru yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini seperti memasukkan input belajar dan mengajar ke dalam komputer dan sebagainya.
Bagi mereka yang tidak sukakan perubahan ini dengan alasan ia bukan skop tugas hakiki mereka, akan mengatakan tugasan baru ini sebagai bebanan. Jika pandangan tersebut dibiarkan, timbullah persepsi negatif guru sekarang terbeban. Bertambah parah apabila status guru tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
Alumni boleh membantu memotivasikan guru, agar terbina perasaan cintakan kerjaya mereka kerana guru sangat penting untuk mendidik generasi masa depan. Antara perkara yang penting ditanamkan dalam jiwa mereka ialah, pendidik sebagai ejen perubahan masyarakat, pembina tamadun dan adab anak kita.
Oleh itu kami daripada kalangan alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang, mahu menjadi contoh untuk melakukan sesuatu sebagai sumbangan daripada masyarakat agar guru dapat melaksanakan tugas mereka sebagai amanah. Kami memulakan langkah untuk menubuhkan Tabung Pembangunan Pendidikan dengan tujuan membetulkan persepsi masyarakat terhadap guru dan membantu mereka agar bermotivasi di dalam mendidik dan membangun peradaban umat.
Antara senarai tugas dan penglibatan guru di sekolah rendah dan menengah:
Sistem pengkomputeran
E-Operasi, E-Pangkat, E-Prestasi, Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusi (HRMIS), Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG), Eg-Tukar, E-Profil, Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), Psikometrik, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (E-SPTS), Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Sarana Ibu Bapa, Guru Penyayang, Mentor Mentee, Minda Sihat, L4, VLE-Frog, E-Nilam, Zoom A, Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS), Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM), Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS), NKRA - LINUS (Program Pendidikan Khas), E-kehadiran, Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah (IQ-PSS), Program Pemulihan 3M - Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM), Sistem Pengurusan Bersepadu (1M1S), Myspata, 3 Data Pesanan dan Penerimaan Buku Teks/E-mateks (SPBT - Skim Pinjaman Buku Teks), E-bulk (SPBT), Ujian kompetensi ICT, Sistem Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK)
Tugasan di sekolah
Antara tugasan guru seperti penandaan buku latihan, gubal soalan ujian, penghasilan Alat Bantu Mengajar (ABM), persediaan buku rekod mengajar, penetapan ETR / KPI setiap subjek, aktiviti persatuan, aktiviti sukan, aktiviti ko-akademik, kajian tindakan, keceriaan kelas, latihan kebakaran dan kecemasan, kem motivasi, kemas kini fail kurikulum, program susu sekolah, program pemulihan pengayaan, PEKA/PAFA, dan pelaporan guru bertugas harian, program sekolah selamat, laporan kantin, persiapan padang, program akses kendiri, program pecutan UPSR/PMR/SPM dan kelas tambahan cuti sekolah.
(Sumber: http://cikguhijau.blogspot.my)
Sumber: GPS Bestari

0 Comments