Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tip Elak Mulut Berbau Ketika Puasa


Pada bulan puasa ini kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi perlakuan juga perlu dijaga agar demi menghormati bulan yang mulia ini. Berpuasa buatkan mulut kekeringan dan mengakibatkan kehadiran bau yang kurang disenangi. Tetapi usah gusar kerana Eh! sediakan tip untuk mengurangkan bau mulut ketika berpuasa:

1. Memberus gigi dan lidah

Memberus gigi memang mudah, tidak perlu ambil masa yang lama. Tapi cara kita memberus gigi perlulah teliti, pastikan anda memberus seluruh celah gigi supaya sisa makanan sahur tadi hilang. Jika perlu, gunakan benang flos untuk mencapai ruang yang sempit. Jangan lupa untuk memberus lidah sekali ya!

2. Minum air

Perbanyakkan minum air masak ketika berbuka dan bersahur kerana mulut kita akan kering sepanjang hari kita berpuasa. Meminum air dengan banyak dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh dan membantu penghasilan air liur.

3. Keju dan susu

Pengambilan keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuatkan gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi. Susu pula dipercayai dapat mengatasi masalah bau mulut.

4. Pemakanan

Makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih dan kopi. Makanlah makanan yang sihat dan bertekstur keras ketika bersahur seperti cornflakes, kekacang dan buah epal kerana ini dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang.

5. Pemeriksaan doktor gigi

Mulut berbau itu sebenarnya perkara normal ketika berpuasa tapi ada caranya untuk mengurangkan bau. Kalau sudah berbau sangat, ini bermakna sudah tiba masa untuk bertemu doktor gigi. Mungkin gigi anda perlu diservis!

Sumber: Eh!
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments