Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tiada Rekod Pedofilia Sertai Program Kementerian Pendidikan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran menafikan pedofil British, Richard Huckle, 30 sebagai salah seorang tenaga kerja di bawah Program Penutur Jati (Native Speaker) anjuran pihak itu antara tahun 2012 hingga 2015.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semakan mendapati Huckle juga tidak pernah terlibat dengan mana-mana program anjuran kementeriannya.

“Melalui semakan yang dibuat dalam Program Penutur Jati (Native Speakers) 2010-2015, tiada rekod untuk nama berkenaan.

“Semakan dalam Program ETA (English Teaching Assistants) dari 2012 hingga sekarang juga mendapati tiada nama seperti yang dilaporkan,” katanya seperti yang dikongsikan di laman sosialnya.

Sehubungan dengan itu, Mahdzir menafikan dakwaan yang mengatakan pedofil itu pernah terlibat dengan mana-mana program guru Bahasa Inggeris anjuran KPM.

Huckle berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku terbabit dalam satu siri serangan seks ke atas kanak-kanak di Malaysia.

Pedofil itu berdepan 91 pertuduhan termasuk terhadap 23 kanak-kanak di Kuala Lumpur dan menjadikan bayi berusia antara enam bulan dan 12 tahun sebagai mangsa. -MYNEWSHUB.CC
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments