Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DLP: Pelaksanaan, Kriteria Sekolah Yang Layak Mohon Program Ini


Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) di bawawh Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memeprkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah.

Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris selain daripada Bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. Bagi tujuan pelaksanaan rintis DLP, mata pelajaran yang terlibat adalah Matematik dan Sains bagi Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1.
jobs from my.neuvoo.com
Tujuan Pelaksanaan DLP

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada Bahasa Inggeris secara tidak langsung.

Dengan pengukuhan dwibahasas seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.

DLP merupakan satu program PILIHAN, sekolah yang berminat dan memenuhhi kriteria yang telah ditetapkan boleh membuat PERMOHONAN secara rasmi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing.

Kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sekolah mempunyai sumber yang mencukupi.

Sumber adalah merujuk kepada buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan lain-lain bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.

2. Pengetua/Guru Besar dan Guru bersedia untuk melaksanakan DLP

Pengetua/Guru Besar perlu bersetuju dengan perlaksanaan DLP serta bekerjasama dengan PPD/JPN bagi rancangan jangka panjang dan jangka pendek untuk memastikan bilangan guru dan murid yang mencukupi.

3. Pemintaan dan sokongan daripada ibu bapa

Ibu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah untuk membolehkan anak mereka mengikut DLP. Ibu bapa juga perlu mengambil peranan yang aktif dalam pendidikan anak mereka dengan memberi sokongan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan DLP

4. Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Pencapaian ini mestilah menyamai atau lebih daripada pencapaian purata kebangsaan Bahasa Melayu

Pelaksanaan DLP

1. Bilangan kelas bagi pelaksanaan DLP

Kelas DLP mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang murid bagi satu kelas dengan mengekalkan bilangan kelas yang sedia ada. Kelas DLP perlu menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajara yang terlibat.

2. Mata pelajaran yang terlibat

Pelaksanaan rintis DLP pada tahun 2016 akan melibatkan:-

a. Peringkat Sekolah Rendah
i. Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tahun 1
ii. Matematik Tahun 1
iii. Sains Tahun 4
iv. Matematik Tahun 4

b. Peringkat Sekolah Menengah
i. Sains Tingkatan 1
ii Matematik Tingkatan 1

3. Bahan Sokongan Pengajaran dan Pembelajaran

Kementerian Pendidikan akan menyediakan bahan-bahan berikut bagi mata pelajara yang berkenaan dalam Bahasa Inggeris kepada sekolah yang memilih untuk pelaksanaan rintis DLP pada tahun 2016:

a. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran  - Portal KPM
b. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid - Portal KPM
c. Buku Teks
d. Buku Rujukan bagi pusat sumber sekolah dan panitia mata pelajaran

4. Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran

Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang terlibat dalam pelaksanaan DLP adalah kekal seperti perutnukan masa yang sedang berkuat kuasa sekarang.

5. Pentaksiran

Semua peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 2016 akan disediakan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pentaksiran sekolah bagi mata pelajara yang terlibat perlu disediakan dalam basa pengantar yang digunakan.

Rayuan Pengecualian Pelaksanaan Rintis DLP

Sekolah-sekolah yang tidak berminat atau tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan rintis DLP , perlu menulis surat secara rasmi kepada PPD masing-masing dalam tempoh lima (5) hari daripada surat siaran berkuat kuasa.

Muat Turun:
  1. Surat Siaran DLP
  2. Slide Pembentang Perlaksanaan DLP
  3. Soalan-soalan Lazim DLP

Post a Comment

1 Comments

  1. Delema Ibu Bapa dengan Dual Language Programme (DLP)

    Assalammualaikum, saya terpanggil dengan program DLP ni. Sememangnya ianya baik untuk anak-anak bangsa kita. Akan tetapi, persoalannya disini. Adakah negara Seperti JEPUN, PERANCIS, GERMAN, ITALY, CHINA Ketinggalan dari semua sudut disebabkan sangat lemah dalam bahasa inggeris berbanding negara kita. Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran ke negara tersebut kena belajar bahasa mereka.

    Kerajaan kita pada hari ini tidak berubah dari sejak sebelum merdeka. Corak pemikiran masih ada kesan penjajahan dan terus menerus seperti mangaggungkan bangsa Inggeris. Dasar pandang ke Timur dan ke Barat sampai bila harus dilaksanakan. Bila negara kita akan melaksanakan dasar pandang diri sendiri.

    Dari sebelum merdeka sehingga kini dan Waulahualam mungkin sampai kiamat corak pemikiran rakyat Malaysia akan terus dibelengu mengagungkan bangsa lain. Pemikiran diluar kotak, tapi bila ke negara luar pemikiran kita berada dalam kotak mereka.

    Semenjak sebelum merdeka rakyat negara kita telah ramai yang terpelajar Termasuklah Allahyarham Tuanku Abdul Rahman bapa kemerdekaan. Persoalan nya disini. Kemana sumbangan para cendikiawan ini. Apa hasil kajian mereka terhadap anak bangsa. Adakah hasil tulisan mereka ditulis dalam bahasa sendiri, Bahasa Malaysia. Jikalau tidak kenapa? mengapa?. Susah ke menulis dalam bahasa sendiri. Jikalau YA. Memang susahlah pemikiran rakyat kita untuk keluar dari kotak pemekiran mengagungkan bangsa lain. Senang ke menulis istilah sains dan Math dalam bahasa Inggeris. Jikalau ya sebab apa. Sebab kita biasa dan terlatih untuk terus meniru dan bergantung ikut belakang. Jikalau pihak Inggeris boleh menulis hasil kajian menggunakan bahasa mereka mengapa orang Malaysia tidak.

    Kononnya kita harus menguasai bahasa inggeris kerana banyak kajian dari pelbagai bidang seperti sains ditulis dalam bahasa inggeris. Sudah berapa abad kita terus menerus bergantung dari hasil kajian bangsa lain. Kemana para Profesor ulung kita. Berapa abad negara kita melahirkan para celik pandai. Berapa puluh ribu dah berjaya menjadi celik pandai. Tapi sayangnya mereka masih terus berada dibawah pemikiran bangsa lain.Dan kesinambungan sampai kehari ini kita masih berada di tahap CCTV. Terus menerus memerhati perkembangan Bangsa lain, Barulah kita boleh berkembang ikut dibelakang. Sampai Bila?

    Hampir kesemua dasar kerajaan dibuat berdasarkan hasil dari CCTV. Membuat lawatan ke nagara luar dan selepas itu barulah ada idea untuk membuat dasar berdasarkan hasil penanda aras dari negara luar. Bila sesetengah pihak mempersoalkan. Akan keluarlah hujah, bahawa dasar ini, cara ini telah berjaya dilaksanakan di negara Pasola.

    Pada Pandapat saya, oleh kerana itulah negara kita akan senantiasa berada di belakang. Dan tidak pernah muncul kehadapan. Disebabkan oleh bentuk acuan di bentuk untuk mengagungkan bangsa lain. Contoh yang jelas pada hari ini, para atlit sukan kita. Bagaimana tahap keupayaan mereka.Berlatih keluar negara, mengambil jurulatih luar Negara. Kenapa ? Mengapa? sampai Bila? Sepatutnya negara kita pada abad 90an adalah masanya membina minda sendiri tanpa acuan negara luar.

    Penasihat Kerajaan sekarang orang inggeris, CEO MAS orang inggeris. Mana orang kita, Pakar ekonomi Orang kita. Berjuta Kerajaan membelanjakan biasiswa untuk menaja orang kita belajar untuk berjaya dan akan mentadbir negara kita. Selagi corak pendidikan dan cara kepimpinan kita terus-menerus mengaggungkan bangsa lain. Maka akan terus lahirlah Bangsa Kelas Peniru, Follew Me pada masa akan mendatang

    Wassalam

    ReplyDelete