Kisah kali ini mengenai pengorbanan seorang murid yang dikongsikan oleh gurunya di dalam sebuah grup Facebook. Walaupun ianya biasa didengari, namun ketabahan pelajar ini benar-benar menyentuh hati guru-gurunya.
Ikuti kisah ketabahan pelajar yang matang sebelum usianya...
Mangsa keadaan
Admin, saya teringin berkongsi cerita. Murid tingkatan satu, Zila (bukan nama sebenar). Mangsa perceraian dan lepas tangan adik beradik. Anak bongsu daripada empat beradik yang semuanya perempuan.
Anak yang bertanggungjawab
Seorang anak yang bertanggungjawab dan sayang akan ibunya. Ibunya sakit terlantar sehingga terpaksa dipakaikan lampin pakai buang. Dialah satu-satunya anak yang menjaga keperluan makan pakai ibunya berbekalkan kecintaan yang mendalam terhadap ibu dengan duit bantuan zakat selangor.
Dengan duit ini jugalah dia menguruskan perbelanjaan persekolahan, mengurus keperluan diri dan ibu, serta perbelanjaan dapur. Kerap juga tidak datang sekolah dalam tiga bulan kebelakangan ini kerana menjaga ibunya.
Astaghfirullah!! Tabah dan hebatnya anak ini. Terasa naif dan kerdilnya diri dibandingkan ujian hebat yang dilalui anak ini..
Hadiah untuk Hari Guru
Lagi hiba menyesak dada, dihadiahkan cikgunya sehelai shawl, kerongsang dan pin tudung pada hari guru baru-baru ini.
Katanya, terimalah hadiah hari guru pemberian ikhlas daripadanya.
Berhenti sekolah
Jumaat 27 Mei 2016.. Loceng berakhir sesi persekolahan harian 6.40 petang.. Dia datang ke bilik guru..
Katanya, "Cikgu .. Saya nak berhenti sekolah. Saya mesti menjaga ibu ibu yang terlantar sakit yang tidak tau jenis penyakitnya.. Naik cuti nanti, saya tak akan datang lagi cikgu".
Tersentap saya mendengarnya. Bagaimana saya harus membantu anak ini? Ya Allah, saya panjangkan cerita ini kepada guru-guru di sekolah. In sha Allah anak ini akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Pasti ramai lagi guru-guru yang berpengalaman dengan situasi sebegini. Semoga anak ini diberi bantuan dan menerima balasan yang setimpal atas pengorbananya jobs from my.neuvoo.com
0 Comments