![]()  | 
| Sumber foto : https://sazrol.wordpress.com | 
2. Kelulusan Cuti Sakit bukan hak doktor tetapi hak ketua jabatan atau perkhidmatan.
3. Tempoh pegawai perlukan cuti kerana sakit:-
- 90 hari setahun termasuk 15 hari cuti sakit swasta dengan kelulusan Ketua Jabatan;
 - Jika 90 hari pertama masih tidak sihat, 90 hari berikut boleh diluluskan oleh Ketua Tertentu;
 - Jika masih tidak sihat selepas 180 hari cuti sakit, gunakan Cuti Rehat yang ada;
 - Jika masih tidak sihat, pegawai dirujuk kepada Lembaga Perubatan untuk Cuti Sakit Lanjutan.
 - Sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan, diberi Cuti Separuh Gaji sehingga 90 hari yang diperakui oleh Lembaga Perubatan atau Cuti Tanpa Gaji jika tidak kemukakan Sijil Sakit.
 - Elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu boleh diberi kepada pegawai Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari.
 - Jika masih tidak sihat, Lembaga Perubatan boleh syorkan sambungan masa berehat atau perakuan pegawai disarakan.
 - Pegawai mengambil Cuti Sakit 45 hari atau lebih bagi tiga tahun berturut-turut boleh dirujuk kepada Lembaga Perubatan.
 
- Dalam negara – akan ditolak tempoh Cuti Rehat untuk diganti selepas ia sihat atau dikembalikan sebagai baki Cuti Rehat.
 - Luar negara – tidak layak mendapat Cuti Sakit kecuali bagi tempoh sakit berlanjutan hingga ia patut balik ke Malaysia.
 - Pegawai yang mendapat Sijil Sakit semasa Cuti Separuh Gaji (CSG) atau Cuti Tanpa Gaji (CTG):–
 - Dalam negara – tidak layak Cuti Sakit.
 - Luar negara – layak Cuti Sakit selepas tamat tempoh CSG atau CTG jika berlanjutan hingga ia patut balik.
 
Kerajaan telah meminda peraturan penerimaan Sijil Cuti Sakit hospital/klinik swasta iaitu :-
- Pesakit luar tidak lebih 15 hari.
 - Pesakit dalam tidak melebihi 180 hari.
 - Walaubagaimana pun cuti sakit swasta + kerajaan tidak lebih 180 hari (90 hari pertama ketua jabatan & 90 hari berikutnya kuasa tertentu)
 - Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan 2/2006 – Pindaan Peraturan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit.
 - Sila rujuk artikel di SINI
 
- Lembaga perubatan boleh mencadangkan Cuti Sakit Lanjutan kepada pegawai yang telah menghabis Cuti Sakit bergaji penuh 180 hari.
 - Tidak lebih 180 hari.
 - Terlebih dahulu menggunakan baki Cuti Rehat yang ada.
 - Dibayar separuh gaji bagi tempoh 90 hari dengan kelulusan Kuasa Tertentu atau Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji jika tiada Sijil Sakit
 - Pegawai dirujuk sekali lagi diakhir tempoh Cuti Sakit Lanjutan untuk syor dibersarakan atau sambungan masa berehat.
 - Boleh diulangi tahun berikutnya dan dibersarakan jika masih tidak sihat.
 

Social Plugin