![]() |
Sekadar hiasan |
Setiap individu akan mengalami perubahan dalam hidup mereka serta melalui pusingan kehidupan. Hidup ini ibarat roda kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Samalah juga di dunia pekerjaan, setiap yang bekerja akan mengakhiri bidang pekerjaan mereka pada satu hari nanti. Sama ada secara wajib atau dengan sukarela. Saat-saat ini merupakan perubahan yang amat ketara yang dilalui oleh seseorang individu itu dalam kehidupan mereka.
Setelah mereka bersara banyak perubahan yang akan dilalui dan banyak juga masa yang terluang yang selama ini banyak dipenuhi dengan kerja semata. Semasa bekerja, pekerjaan seseorang itu sering digunakan sebagai petunjuk kepada keupayaannya, status sosio ekonominya, tingkah laku dan tingkat kejayaannya dalam masyarakat. Namun selepas bersara, individu tersebut mengalami kedudukan kewangan yang berkurangan. Mereka tidak dapat lagi berbelanja mewah seperti dahulu. Secara langsung atau tidak, mereka mendapati dirinya kurang atau hilang peluang untuk berinteraksi dengan bekas rakan-rakan sekerja, status social, identiti diri, penghormatan dan penghargaan kendiri.
Pada setiap tahun kita dapati beribu-ribu orang memulakan persaraan mereka tidak kira secara wajib ataupun pilihan. Di Malaysia, bermula 1 Julai 2008 umur persaraan wajib telah bertambah dari 56 tahun kepada umur 58 tahun bagi pekerja sektor awam. Pengumuman ini telah diisytiharkan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Semasa pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Pada 7 Oktober 2011, YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pula mengumumkan peningkatan umur persaraan dari 58 tahun ke 60 Tahun kepada pekerja sektor awam dengan beberapa penambahbaikan faedah persaraan berkuat kuasa pada1 Januari 2012. Kenaikan umur persaraan ini adalah pengorbanan yang harus rakyat lakukan jika mahu mencapai wawasan 2020 serta untuk melestarikan penggunaan sumber manusia yang lebih baik.
PERSARAAN WAJIB
Apakah umur persaraan wajib bagi anggota-anggota sektor awam?
- Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 55 tahun.
- Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 - umur persaraan wajib adalah 56 tahun
- Lantikan pada atau selepas 1.07.2008 - Umur persaraan wajib adalah 58 tahun.
- * Pada 1 Januari 2012 Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 ke 60 tahun.
Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan (“optional retirement”) sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.
Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 12 (3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:
- Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan; termasuk pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat rendah dan ke bawah; pegawai polis berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; pegawai penjara berpangkat rendah daripada Penguasa; dan jururawat lelaki di hospital mental.
- Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.
Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239
- Telah disahkan dalam jawatan;
- Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
- Berumur 40 tahun dan ke atas
- Mempunyai Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira
- Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
- Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja)
Pengiran Faedah Persaraan Pencen Pilihan
Faedah Persaraan
|
Formula Pengiraan
|
Pencen
|
1/600 X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasukira X Gaji akhir yang diterima
Tertakluk kepada pencen maksimum sebanyak 3/5 dari gaji akhir diterima
|
Ganjaran
|
7.5% X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasukira X Gaji akhir yang diterima
|
0 Comments