Cikgu Hindon Wahid GPK HEM telah berkongsi di dalam laman blognya berkenaan Pengurusan Fail Unit HEM sekolah beliau di SK Marian Convent Ipoh. Guru-guru yang baru dilantik sebagai GPK HEM atau Setiausaha Unit HEM boleh buat rujukan berkenaan pengurusan fail yang telah dikongsikan olehnya.
Bilangan fail ini sebenarnya ikut sekolah masing-masing tapi asasnya sama je. Ia mestilah ikut Jawatankuasa yang wujud di sekolah dan mengikut keperluan.
Fail yang popular diminta oleh nazir selalunya Fail Induk Jawatankuasa HEM, Perancangan Strategik, Disiplin, Bimbingan Kaunseling, SPBT, RMT, Kantin dan Data Murid. Itu pun bergantung kepada tujuan pemantauan nazir berkenaan. Kalau nak memantau SPBT, kena bawalah ke bilik BOSS yang ada 9 fail yang berkaitannya.
Senarai Fail Induk SK Marian Convent, Ipoh
SKMC/04/01/001 FAIL JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
/1 Carta Organisasi/Jawatankuasa & Senarai Tugas
/2 Minit Mesyuarat & Surat Panggilan Mesyuarat/3 Takwim / Perancangan Tahunan
/4 Dasar / Garis Panduan & Surat Pekeliling
/5 Anggaran Perbelanjaan / Kewangan
SKMC/04/01/002 PERANCANGAN STRATEGIK
SKMC/04/01/003 PEMBANGUNAN PROGRAM SAHSIAH & LAPORAN
SKMC/04/01/004 DISIPLIN & PENGAWAS SEKOLAHSKMC/04/01/005 BIMBINGAN & KAUNSELING
SKMC/04/01/006 KEBERSIHAN & KECERIAAN
SKMC/04/01/007 KESELAMATAN & KECEMASAN
SKMC/04/01/008 KESIHATAN & RAWATAN
SKMC/04/01/009 KEBAJIKAN & BANTUAN
SKMC/04/01/010 KANTIN
SKMC/04/01/011 RMT & PROGRAM SUSU SEKOLAH & VITAMIN 1M
SKMC/04/01/012 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
SKMC/04/01/013 PERABOT & KEMUDAHAN FIZIKAL
SKMC/04/01/014 DATA MURID (APDM & SSM)
SKMC/04/01/015 LAWATAN & PENANDA ARAS
Kandungan Fail Sisipan dalam Setiap Fail 004 - Fail 015
(Fail rasmi : Fail Kertas berwarna putih)
/1 Takwim/ Perancangan Aktiviti/ Program Tahunan
/2 Carta Organisasi/ Jawatankuasa
/3 Surat Panggilan dan Minit Mesyuarat
/4 Dasar / Garis Panduan & Surat Pekeliling SPI/KPM
/5 Laporan Pemantauan/ Aktiviti
/6 Pelbagai (data/maklumat, senarai nama/barang, contoh-contoh borang)
Daripada pengalaman beliau, laporan yang diminta selalunya untuk tempoh tiga tahun terakhir. Sebaiknya data-data/maklumat tu disimpan untuk tempoh 5 tahun. Kadang-kadang yang lama tu boleh dijadikan panduan.
Sebagai panduan unit HEM, disini kami sediakan juga pautan untuk muat turun fail meja yang lengkap untuk Unit HEM.
1 Comments
salam cikgu... sy cikgu dr sebuah sekolah tahfiz d kedah. bagaimana nak apply 'program susu sekolah'? mohon tunjuk ajar cikgu.
ReplyDeleteni wassap sy... jika cikgu sudi beri tunjuk ajar. syukran.
0134534717
maahad tahfiz sains annajihin, kulim.