Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kerajaan dicadang beri subsidi kepada pengusaha bas sekolah

Imej hiasan


SHAH ALAM - Peningkatan tambang bas sekolah akan memberi bebanan kepada ibu bapa terutamanya bagi mereka yang mempunyai jumlah anak ramai.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata ibu bapa tidak bersetuju dan mahu ia diteliti semula secara lebih mendalam oleh semua pihak terlibat.

Kamarulzaman Salleh, 50, yang bekerja sendiri berkata, kerajaan dicadangkan untuk memberikan subsidi kepada pihak persatuan bagi menampung kos pengendalian bas sekolah dalam negara.

"Memang tidak wajar untuk kenaikan tambang sebab ekonomi sekarang ini belum stabil, rakyat masih terbeban dengan kenaikan harga barang.

"la sangat memberi kesan kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai. Contohnya, kalau seorang RM70 dan sekiranya ada tiga anak sudah cecah RM210 ditambah pula dengan harga barang kini, ia memang membebankan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Dalam pada itu, pembantu akaun, Norzilawati Rahmat, 48, berkata, harga bagi perkhidmatan berkenaan sepatutnya dikawal kerana akan membebankan ibu bapa yang bekerja untuk menguruskan pengangkutan anak-anak.

"Zaman sekarang sejujurnya memang terlalu tinggi kos sara hidup, sebagai rakyat saya sangat tertekan melihat kenaikan mendadak dalam semua aspek.

"Pada pandangan saya, pihak persatuan boleh mengusahakan tajaan daripada syarikat bas untuk mendapatkan harga yang lebih murah," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments