![]() |
Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam remukan nahas dua kenderaan di Kota Tinggi pagi tadi. |
KOTA TINGGI: Tiga termasuk seorang guru maut dalam nahas berlaku di Jalan Besar Felda Air Tawar 1 dekat Kota Tinggi di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Mohd Shawaluddin Ami Nordin, berkata seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi sejurus panggilan kecemasan jam 6.49 pagi.
Beliau berkata, ketika tiba di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan Proton Gen 2.
"Kenderaan Perodua Myvi dinaiki dua lelaki dewasa, di mana salah seorangnya tersepit akibat kemalangan itu.
"Semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.
Beliau berkata, pihaknya menggunakan alat pemotong untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada polis.
"Semua jenazah dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk tindakan selanjutnya," katanya.
0 Comments