![]() |
Imej hiasan via Bing Image Generator |
IPOH - Kerajaan negeri Perak sedia mempertimbangkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di se- tiap sekolah bagi memantau kejadian tidak diingini berlaku.
Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helni berkata, langkah itu dilihat mampu membantu memberikan maklumat terutama yang melibatkan siasatan pihak berkuasa.
"Ini satu kaedah yang baik dan sudah tiba keperluannya untuk se- mua sekolah dilengkapi CCTV," katanya ketika ditemui pemberita sempena kunjungan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim ke kediaman keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar yang maut akibat dilanggar dan diseret sebuah kereta di Taman Chepor Sentosa di sini pada Isnin.
Mohd Azlan berkata, cadangan tersebut akan dikemukakan dalam Mesyuarat Exco akan datang sebelum dibawa kepada Kementerian Pendidikan.
0 Comments