KUALA LUMPUR: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) akan terus beroperasi menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa penghantar untuk pengajian, pengajaran dan pembelajaran secara sah di sisi undang-undang dan dilindungi Perlembagaan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak rayuan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah vernakular.
"Sebelum saya mula, saya ingin buat satu pengumuman. Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan pada pagi ini yang sebulat suara menolak rayuan difailkan oleh empat NGO yang memohon untuk mengisytiharkan bahasa Cina dan Tamil di sekolah vernakular tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.
"Sehubungan itu, SJKC dan SJKT akan terus beroperasi menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pengajian, pengajaran dan pembelajaran secara sah di sisi undang-undang dan dilindungi Perlembagaan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebelum menjawab soalan keempat pada sesi pertanyaan jawab lisan yang dikemukakan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa).
Pagi ini, Mahkamah Rayuan memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Mandarin serta bahasa Tamil di sekolah berkenaan adalah berperlembagaan.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Supang Lian bersidang bersama-sama Datuk M Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan empat NGO selaku perayu.
Mereka terdiri Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru).

0 Comments