KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sememangnya mengutamakan guru kelahiran Sarawak untuk ditempatkan di sekolah-sekolah di negeri itu bagi menangani isu kekurangan guru.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak bagi memastikan isu kekosongan guru ini dapat diatasi dan ditambah baik dari semasa ke semasa,
“KPM berusaha untuk memastikan guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan penjawatan dan keperluan option,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Abun Sui Anyit berkaitan kekurangan guru di Sarawak dengan memberi keutamaan kepada mereka yang lahir di negeri tersebut bagi mengelakkan masalah itu terus berulang. - BERNAMA

0 Comments