Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cadangan pantau guru tak sokong kerajaan tidak masuk akal - NUTP


PETALING JAYA: Cadangan membentuk jawatankuasa khas bagi memantau guru yang tidak menyokong kerajaan adalah satu tindakan yang salah, tidak masuk akal dan tidak selari dengan matlamat kerajaan dalam pendidikan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang menegur individu yang memberi cadangan berkenaan yang dianggap sebagai tidak demokratik.

Beliau berkata, cadangan itu adalah sesuatu yang tidak selari dengan matlamat kerajaan di peringkat akhir bagi mewujudkan kebahagiaan kepada rakyat dan dalam konteks ini adalah guru. 

"Jangan jadikan guru sebagai isu kerana semasa bertugas dan berada di sekolah, guru sudah terikat dengan peraturan sedia ada iaitu mendokong kerajaan hari ini.

"Ini tidak masuk akal kalau nak tubuh pemerhati pantau guru yang tidak sokong kerajaan.

"Kami tidak tahu petunjuk apa yang digunakan oleh individu tersebut yang menyebabkan beliau memberikan kenyataan tersebut. Jika elemen keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dijadikan kayu ukur, guru hanyalah 430,000 orang daripada 22 juta warga negara yang layak mengundi," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, PKR Johor mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) membentuk jawatan kuasa khas bagi memantau guru yang tidak menyokong kerajaan. Perwakilan dari Johor, Haryati Abu Nasir berkata, ini ekoran terdapat aliran membimbangkan dalam kalangan penjawat awam yang secara terbuka me- nunjukkan penentangan terhadap kerajaan.

"Kami mohon KPM, ada baiknya wujud jawatan kuasa pemerhati kerana ada aliran membimbangkan dalam kalangan kakitangan yang tak menyebelahi kerajaan perpaduan," katanya.

Aminuddin berkata, pihak kerajaan perlu terus membuktikan mereka serius dalam usaha menyelesaikan pelbagai isu yang membelenggu profesion keguruan bagi memastikan kaum guru berada dalam status 'bahagia' dalam menjalankan tanggungjawab.

Sumber: Utusan Malaysia

Post a Comment

0 Comments