JERANTUT: Seorang guru maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 5 Jalan Jerantut – Maran berdekatan Batu 58 dekat sini, pada jam 7.00 pagi, tadi.
Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Felda Gelanggi Dua.
Guru terbabit Suhaimi Yaacob, 56 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan kerana mengalami kecederaan parah bahagian di kepala.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Azman Mat Kassin berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori treler jenis Volvo dari arah bandar Jerantut ke tempat mengambil buah sawit di Batu 58 dengan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa jenis Honda SYM dari arah yang sama ke tempat kerja.
“Setiba di tempat kejadian, pemandu lori treler telah memberikan isyarat untuk membelok ke kiri jalan. Tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang yang ditunggang oleh mangsa telah hilang kawalan lalu terjatuh dan terseret seterusnya melanggar tayar tengah sebelah kiri lori treler.
“Akibat pelanggaran tersebut mangsa yang beralamat di Rumah Kilat Peringkat 2, Sungai Jan, Bandar Jerantut telah telahmengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
Katanya, kejadian turut dirakam oleh rakaman litar tertutup (CCTV) yang berada di tempat kejadian.
Mayat dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat.

0 Comments