![]() |
Imej hiasan |
SHAH ALAM - Projek rintis sekolah khas pelajar keluarga paling miskin akan menyebabkan berlakunya pemisahan taraf dan pelabelan dalam kalangan pelajar sedangkan negara kini menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, sekolah sepatutnya menjadi tempat inklusif yang mana anak-anak dapat bergaul tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan sama ada miskin atau kaya.
"Kita tidak mahu, bila habis belajar, anak-anak dilabelkan daripada keluarga miskin berdasarkan nama sekolah, biar mereka bergaul dalam persekitaran sosialisasi yang normal.
"Kalau kita lihat kepada sejarah pendidikan negara, kita pernah alami perkara yang sama namun berjaya diselesaikan melalui Laporan Keciciran Murid pada 1972.
Laporan tersebut mencadangkan agar asrama diwujudkan di setiap sekolah sedia ada bagi menempatkan pelajar miskin dan terbukti berjaya apabila selepas 30 tahun mereka keluar daripada kemiskinan," katanya pada Ahad.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan kerajaan berhasrat memperkenal sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan lebih berkonsepkan kepada jenis sekolah menengah sains dan sekolah menengah berasrama penuh.
"Daripada fokus membina sekolah baharu, lebih baik kerajaan menggunakan dana itu untuk membina asrama selain mewujudkan satu program khas bagi membantu pelajar miskin.
"Melalui program ini, pihak sekolah perlu melantik cikgu atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerajuinya. Mereka berperanan dalam mengenal pasti pelajar layak serta menyediakan segala kemudahan seperti kelas tambahan, bahan bacaan, sesi motivasi dan lain-lain yang sesuai mengikut keperluan pelajar," jelasnya.
Bagaimanapun ujarnya, usaha dan keprihatinan kerajaan harus dipuji kerana menitikberatkan pelajaran dalam kalangan generasi hari ini terutamanya golongan miskin.

0 Comments