Putrajaya: Penjawat awam kini diwajibkan memakai baju batik setiap hari Khamis dan digalakkan memakainya pada hari bekerja lain.
Perkara tersebut dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu surat makluman bertarikh 21 Ogos 2023.
“Pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan awam telah dilaksanakan semenjak tahun 1985.
“Bagi meneruskan sokongan kepada industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai warisan dan lambang identiti rakyat Malaysia, kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain,” katanya.
Namun begitu, ketetapan pemakaian batik ini dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu.
“Arahan pemakaian ini berkuat kuasa mulai dari tarikh surat edaran ini dikeluarkan.
“Mulai ketetapan baharu ini maka Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah dibatalkan,” jelasnya di dalam surat berkenaan.
0 Comments