Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pelaksanaan 'Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi' hanya libatkan murid beragama Islam - KPM


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan, KPM melaksanakan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 289 sekolah dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam.

Program ini melibatkan 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan KPM berkata pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

KPM memaklumkan pelaksanaan modul itu bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.

“Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik seterusnya mengangkat karamah insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya lagi KPM sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi elemen perpaduan, silang budaya, kepelbagaian agama dan saling menghormati antara kaum dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya.

Post a Comment

0 Comments