![]() |
Mohd Riduan dan Zahidah maut selepas terbabit dalam kemalangan di LPT2, petang tadi. - NSTP/Rosli Ilham |
KEMAMAN: Sepasang suami isteri maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 267.2, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Cheneh, petang tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 4.10 petang itu, mangsa maut ialah Mohd Riduan Mohd Yaacob, 35, dan isterinya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, beralamat di Pulau Sekati, Kuala Terengganu.
Dua anak pasangan itu, Muhammad Uwais Wafiuddin Mohd Riduan, 8, dan Raudhatul Khayra Mohd Riduan, 3, dilaporkan parah serta dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.
Ketika kejadian, Zahidah yang juga seorang ustazah di Sekolah Kebangsaan Paka bersama suami dan dua anaknya dalam perjalanan dari Kuantan untuk pulang ke rumah di Kuala Terengganu.
Komander Operasi, Balai Bomba Dan Penyelamat Cheneh, Zulkifli Abd Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.14 petang.
Katanya, tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga terbalik di tengah lebuh raya.
"Pasangan suami isteri disahkan meninggal oleh pegawai perubatan di lokasi manakala dua anak mereka dihantar orang awam ke Hospital Kemaman.
"Kerja-kerja mengalih kenderaan dan membersih persekitaran kawasan kemalangan siap sepenuhnya kira-kira jam 7 malam," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas ke kiri sebelum melanggar besi penghadang jalan lalu berpusing dan terbalik di tengah lebuh raya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 Comments