Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan SPI Bilangan 9 Tahun 2023 bertujuan memaklumkan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah di bawah tanggungjawabnya.
Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 12 Tahun 2023 bertarikh 3 Mei 2023 mencadangkan supaya pindaan pada Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan dilaksanakan bagi memastikan murid mendapat lebih peluang untuk membuat lawatan di luar sekolah.
Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 12 Tahun 2023 bertarikh 25 Mei 2023 pula telah meluluskan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dengan berkuat kuasa SPI ini maka SPI berikut adalah dibatalkan:
- Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 5/2007: Garis Panduan Lawatan Murid bertarikh 6 Jun 2007;
- Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan bertarikh 1 Ogos 2002; dan
- Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 12/2000: Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan bertarikh 28 Julai 2000.
Muat Turun: Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah Bawah KPM
0 Comments