Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PMX arah guru besar 'cari' murid miskin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berucap pada Majlis Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di Shah Alam, hari ini.


SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan guru besar sekolah memainkan peranan proaktif dengan turut sama 'mengesan' murid miskin.

Perdana Menteri berkata, penyelesaian perlu dicari bagi menangani isu yang dihadapi murid terbabit.

"Kalau ada guru besar tengok murid ini masuk kategori ini (miskin) tak dapat (sumbangan tunai Rahmah), kena cari mekanisme.

"Tidak boleh kata senarai kita sudah sempurna kerana kadang-kadang tertinggal. Jadi guru besar kena tengok anak miskin (di sekolah).

"Mungkin anak itu, dia bukan miskin tegar, mungkin dia tak makan, berpakaian compang-camping. Hal ini kita kena selesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Lim Hui Ying.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), R Ramanan, yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh; Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran dan bekas Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago.

Untuk rekod, Perdana Menteri berkata, sebanyak 8.7 juta penerima sumbangan tunai Rahmah setakat ini, membabitkan peruntukan RM8 bilion.
@cikgushare

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan guru besar sekolah memainkan peranan proaktif dengan turut sama 'mengesan' murid miskin. Perdana Menteri berkata, penyelesaian perlu dicari bagi menangani isu yang dihadapi murid terbabit.

♬ original sound - Cikgu Share

Post a Comment

0 Comments