Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pensyarah universiti sindir kualiti gred A calon SPM


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 baharu saja diumumkan dan peningkatan yang baik dalam GPN serta bilangan yang mendapat semua juga meningkat.

Seperti biasa, sekolah meraikan murid-murid yang telah cemerlang di sekolah mereka dengan bergambar dengan plakad bilangan gred A yang mereka peroleh.

Isu meraikan dan mempamerkan plakad bilangan gred ini saban tahun ini sering mendpat perhatian seorang pengkritik pendidikan, pensyarah daripada UPM, Dr Othman Talib.

Hari ini, beliau berkongsi pula lontaran pendapat daripada rakan sekerjanya di IPT yang juga pensyarah universiti berkenaan isu gred SPM yang di peroleh oleh murid ini.

Menurut rakannya itu, gred yang diperolehi oleh calon SPM tidak berkualiti walaupun walaupun mendapat A.

“Ala sekarang dapat banyak A sebab gred markah down. 

“Tak hairan dapat masuk U, hancur.

“Hebat2 Matematik on SPM…masuk U..amik engineering…ada subjek calculus hancur. Repeat paper.

“Dan yang byk A dulu..akhirnya mintak keje dengan usahawan,” tulis di dalam tangkap layar yang dikongsikan oleh Dr Othman Talib.


Ramai netizen agak tersentap dengan pendirian pensyarah tersebut yang tidak mempunyai keyakinan kepada pencapaian murid-murid SPM. 







Dr Othman dalam pada itu menasihati rakannya supaya bersikap tenang dan terima bakal mahasiswa ini dengan hati yang terbuka.

Post a Comment

0 Comments