Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Guru perlu patuhi 7 syarat sebelum mohon pekerjaan luar



Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan KPM Bilangan 2 bagi Tahun 2023 yang bertajuk Garis Panduan Permohonan Pekerjaan Luar Bagi Pegawai di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Surat ini bertujuan sebagai panduan berkenaan kaedah pelaksanaan memberi kebenaran pegawai awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk terlibat dalam pekerjaan luar selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.2 Pekerjaan Luar. 

"Selain itu, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini juga menjelaskan tanggungjawab pegawai awam yang berkhidmat di bawah KPM untuk mematuhi peraturan berkaitan pekerjaan luar seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]," jelasnya.

KPM menyenaraikan tujuh syarat permohonan untuk pegawai melibatkan diri dengan pekerjaan luar:
  1. pegawai hendaklah telah disahkan dalam jawatan;
  2. permohonan hendaklah sampai kepada Pihak Berkuasa Yang Meluluskan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum pekerjaan luar bermula;
  3. pemohon hendaklah memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu bersamaan atau melebihi 85% bagi tahun yang sebelumnya;
  4. pekerjaan luar itu tidak mengganggu tugas rasm1 pegawai sebagai pegawai awam dan dijalankan di luar waktu pejabat;
  5. pegawai tidak dibenarkan menggunakan kemudahan peralatan pejabat untuk tujuan aktiviti kerja luar;
  6. kuasa untuk meluluskan permohonan pekerjaan luar adalah tertakluk kepada budi bicara Pihak Berkuasa Yang Meluluskan; dan
  7. tempoh kelulusan permohonan dihadkan selama dua (2) tahun.
Pihak Berkuasa Yang Meluluskan boleh menarik balik kelulusan yang diberi kepada pegawai yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dan pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 


Post a Comment

0 Comments