MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kenaikan elaun guru-guru menjadi fokus kerajaan dalam menjaga kebajikan mereka.
Beliau berkata, bagaimanapun kenaikan elaun berkenaan bukanlah pada ketika ini dan ia akan diputuskan selepas pendapatan serta hasil negara bertambah di masa akan datang.
"Dalam memberikan upah dan gaji berpatutan kepada warga pendidik, negara bagaimanapun memerlukan dana tambahan yang mencukupi.
"Antara keutamaan saya ialah menaikkan elaun guru-guru dan perkhidmatan awam. Tetapi jangan minta sekarang, beri sedikit lagi masa dan kesempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 Tahun 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini pada Selasa.
Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan kali ke-52 bertemakan 'Guru Insani Pemangkin Generasi Madani' turut menyampaikan dua anu- gerah iaitu Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2023.
0 Comments