Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan satu surat siaran memakluman mengenai penilaian prestasi bagi guru sandaran guru interim dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Makluman ini memberikan penjelasan penting mengenai kriteria penilaian bagi guru-guru yang berada dalam kategori ini.
Maklumat ini dihuraikan dalam surat yang ditujukan kepada semua Pengetua dan Guru Besar di seluruh negara. Surat tersebut menyatakan bahawa PBPPP hanya melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik secara tetap atau pun kontrak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Pelajaran Malaysia Bil. 1 Tahun 2007, Guru Sandaran (Guru Interim), Guru Sandaran Terlatih, dan Guru Sandaran Tidak Terlatih merujuk kepada guru yang belum atau pun bukan dilantik oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Oleh itu, semua guru di bawah kategori ini tidak akan dinilai menggunakan PBPPP.
Bagi guru-guru dalam kategori tersebut yang memerlukan penilaian prestasi, Ketua Jabatan boleh menggunakan penilaian yang sedia ada, iaitu Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Ini bermakna bahawa PBPPP tidak akan digunakan sebagai alat penilaian bagi guru-guru ini.
Sebagai langkah menyesuaikan penilaian prestasi, Bahagian Pembangunan Penilaian Kompetensi (BPPK) telah menjalankan semakan dan mendapati terdapat beberapa guru dalam kategori Guru Sandaran yang telah dinilai menggunakan PBPPP. Oleh itu, BPPK akan menggugurkan nama guru-guru ini daripada sistem e-Prestasi.
Dalam surat tersebut, semua Pengetua dan Guru Besar diminta untuk mengambil tindakan yang perlu berdasarkan maklumat yang diberikan. Surat ini adalah penting agar mereka dapat memberi penjelasan kepada guru-guru sandaran tersebut dan mengarahkan mereka untuk menggunakan LNPT sebagai alat penilaian prestasi.
0 Comments