Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Fadhlina lancar Dokumen Standard Guru Malayisa 2.0


10 Mei : Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek  telah merasmikan pelancaran Dokumen Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM2.0) pada Rabu. 

Dokumen SGM2.0 dibangunkan oleh Bahagian Profesionalisme Guru sebagai panduan tahap kompetensi dan etika guru Malaysia yang relevan dengan keperluan semasa pendidikan negara. 

Ia selaras dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025), di bawah Anjakan Keempat Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan. 

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Hj Pkharuddin Ghazali dan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SGM 2.0 adalah dokumen rujukan berkaitan kompetensi yang perlu dicapai dan etika yang perlu dijiwai, diamalkan serta diperlihatkan oleh guru di Malaysia.

SGM 2.0 terdiri dari dua komponen iaitu Dimensi Kompetensi dan Etika Keguruan. Dimensi Kompetensi menjelaskan kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada pelbagai tahap pembangunan profesionalisme untuk melaksanakan PdP dengan berkesan. 

Manakala Etika Keguruan merupakan prinsip moral dan nilai akhlak yang seharusnya menjadi pegangan dan amalan guru di Malaysia bagi memastikan profesion keguruan sebagai kerjaya profesional serta dipandang mulia oleh masyarakat.





Post a Comment

0 Comments